Searching...
Monday 26 March 2012
19:56 0

Azza (Elite) Enggan Lalui Dugaan Bertunang, Nikah Terus 1 April

AZZA (Elite) telah mengumumkan yang dia akan bernikah dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga.
Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zarawi berkata, samada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan mendirikan rumah tangga terus.
Untuk info, upacara pernikahan Azza itu nanti akan dilangsungkan di Masjid Bukit Antarabangsa selepas solat Zuhur. Majlis resepsi pula akan diadakan pasar raya Mydin, Ipoh Perak yang belum ditentukan lagi tarikhnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...