Searching...
Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts
Tuesday, 24 June 2014
07:43 0

ARTIS Kongsi Gambar Mesra Bersama Amar Baharin, Izreen Azminda Nafi Tak Hormat Edah


Ya begitulah kehidupan seorang pelakon. Walaupun sudah bercerai dan masih dalam tempoh edah, mahu tak mahu kerana tuntutan kerja, terpaksa juga melakukan promosi untuk drama yang dilakonkan. Ramai yg mengkritik Izreen Azminda kerana sering berkongsi gambar aksi mesranya bersama Amar Baharin menerusi akaun Instagram, namun itu semua dilakukan Izreen kerana ingin mempromosikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

izreen dan amar baharin

Kalau Abang Nara tak tahu mereka berlakon bersama, pasti dah anggap ada ‘something special’ sedang berlaku antara Izreen dan Amar. Kata Izreen menerusi Pancaindera:-


Saya tahu ramai yg mempersoalkan perkara tersebut. Tapi gambar antara saya dan Amar Baharin hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yg sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Gambar-gambar itu hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton. Tak lebih pun daripada itu. Sebab itu saya anggap apa sahaja komen negatif peminat tidak menjejaskan apa-apa.

Mereka kena tahu mengapa saya buat macam itu dan bukannya menghentam semata-mata. Saya terikat dengan kontrak tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

Bagaimanapun penggambaran drama tersebut sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar.

izreen dan amar baharin

Inilah asam garam menjadi seorang pelakon. Memang sukar. Tak buat promosi langgar kontrak, buat promosi dikatakan tak menghormati tempoh edah. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Namun Abang Nara pasti Izreen Azminda telah mengambil keputusan yg terbaik buat dirinya. Jangan lepas ini tiba-tiba umum bercinta dengan Amar Baharin sudahlah. Memang parah kalau terjadi begitu. Hehehe. Lagi beberapa gambar mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
Tuesday, 19 June 2012
12:40 0

Remaja maut, putus tangan


SHAH ALAM – Seorang remaja maut dan tangan kanannya putus selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ampang-Kuala Lumpur, lewat petang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Khairul Adli Zaimi, 23, yang menaiki motosikal dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Trafik Ampang Jaya, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu ini dipercayai bertembung dengan kereta jenis Wira dari arah bertentangan menyebabkan mangsa
tercampak ke tengah jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
09:08 0

Jerman tetap hormati Greece


LVIV, Ukraine - Jurulatih Jerman, Joachim Loew menegaskan bahawa pasukan itu bakal berdepan satu lagi perlawanan yang sukar pada aksi suku akhir Euro 2012.

Jerman menempah slot ke peringkat kalah mati itu selepas menewaskan Denmark 2-1 untuk dinobatkan selaku juara Kumpulan B setelah mengekalkan rekod tanpa kalah.

Meskipun berjaya melepasi saingan dalam 'kumpulan maut' yang turut menampilkan Portugal dan Belanda, anak- anak buah Loew dijangka berhadapan tugas berat pada pertemuan menentang naib juara Kumpulan A, Greece di stadium PGE Arena, Gdansk awal pagi Sabtu ini.

"Ia adalah perlawanan yang berlainan pada pertemuan menentang Greece.

"Namun, corak permainan mereka (Greece) seakan-akan sama dengan Denmark iaitu sangat berbahaya di jentera serangan dan kental di bahagian pertahanan. Ia akan menjadi satu pertembungan yang sukar.

"Kami perlu memperkemaskan barisan hadapan untuk menghadapi Greece tetapi kami telah memenangi tiga perlawanan yang sukar sebelum ini," kata Loew.

Pada aksi di stadium Arena Lviv awal pagi semalam, penyerang Jerman, Lukas Podolski meledak gol pertama pada minit ke-19 sebelum Denmark menyamakan kedudukan menerusi Michael Krohn-Dehli lima minit kemudian.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Jerman, Lars Bender muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan skuad The Team selepas 40 minit babak kedua bermula, sekali gus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada peringkat kumpulan.

Bender telah menyarung jersi Jerman sebanyak sembilan kali sejak membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa pada aksi persahabatan menentang Poland, September lalu.

Sementara itu, Podolski yang membuat penampilan ke-100 bersama Jerman berkata, membantu misi pasukan untuk mara ke suku akhir perlu menjadi keutamaannya.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar apabila menentang pencabar yang hebat. Jaringan tersebut sangat istimewa bagi saya.

"Kami sangat gembira setelah mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan kini, pasukan sedang melakukan persiapan untuk menghadapi Greece," kata Podolski. - AFP
Sunday, 17 June 2012
17:12 0

Foto Kondom zaman Purba kala


Inilah Foto Kondom zaman Purba Kala - Dari catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi orang Mesir kuno menggunakan linen sebagai 'sarung' untuk mencegah penyakit.

Pada tahun 100 sampai tahun 200 Masihi bukti awal dari pemakaian kondom di Eropah datang dari lukisan berupa pemandangan gua di Combrelles, Prancis.

Tahun 1500-an untuk pertama kali dinyatakan deskripsi dan pencubaan alat mencegah penyakit berupa kondom di Itali. Ketika itu Gabrielle Fallopius mendakwa menemukan sarung diperbuat dari bahan linen dan itu diuji cuba pada 1,100 lelaki sebagai kondom. Dari percubaan itu tak satu pun dari mereka yang dijangkiti penyakit sifilis. Penemuan membuktikan bahwa kain linen itu bermanfaat mencegah infeksi. Tetapi, di kemudian hari kondom dikenal sebagai alat mencegah kehamilan. Itu diawali dari percubaan terhadap kain linen yang dibasahi dengan cairan kimia tahun 1500-an. Ketika linen direndam dalam cairan kimia kemudian dikeringkan dan dikenakan lelaki maka kain itu boleh mematikan sperma.

Tahun 1700-an, kondom dibuat dari usus binatang. Perubahan bahan itu membuat harga kondom menjadi lebih mahal dibanding dengan kondom dari bahan linen. Ketika itu kondom dikenal sebagai 'baju baja melawan keseronokan dan jaring laba-laba mencegah infeksi.' Kondom jenis itu dipakai secara berulang.

Tahun 1894, Goodyear dan Hancock mulai mengeluarkan kondom secara besaran diperbuat dari karet yang divulkanisasi untuk membalikkan karet kasar ke elastik yang kuat. Tahun 1861 untuk pertama kali kondom dikeluarkan di Amerika Syarikat di surat kabar The New York Times. Tahun 1880 kondom dibuat dari lateks, tetapi pemakaiannya secara luas bermula tahun 1930-an.

Tahun 1935 sebanyak 1.5 juta kondom dihasilkan setiap hari di Amerika Syarikat. Kemudian tahun 1980-an dan 1990-an pasaran kondom di Amerika Syarikat didominasi pabrik kondom setempat. Baru tahun 1987 kondom keluaran Jepun dengan Kimono memasuki pasaran Amerika. Kondom tersebut lembut tipis dan iklannya pun menekankankan bahwa keseronakan sama pentingnya dengan pencegahan.

Tahun 1990-an muncul beragam jenis kondom dan juga untuk pertama kali tersedia kondom polyurethane. Tahun 1993 pengeluaran tahunan kondom lateks mencapai 8.5juta .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...