Searching...
Showing posts with label Pelakon. Show all posts
Showing posts with label Pelakon. Show all posts
Monday, 30 June 2014
06:34 0

DUNIA Shia LeBeouf, Pelakon Transformers ditahan!


 





Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orng awam.

“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.

“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.

Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.

Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untk dihubungi bagi kenyataan lanjut.


Saturday, 21 June 2014
23:03 0

ARTIS Pelakon Filem Tamil Peluk Islam,

alt


Pelakon popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.


Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.


"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.


Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yg menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.


Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.


Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.


Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.


Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.


Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.


Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yg ditayangkan di pawagam pada November 2013.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...