Restoran Air Terjun ini terletak di Quezon Province, Villa Escudero, Filipina. Merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan para pelancong luar kerana restoran ini memberi pelanggan peluang untuk menikmati makanan mereka betul-betul bersebelahan air terjun dan sungai. Atau boleh dikatakan memang dah betul-betul dok kat atas sungai yang cetek... Muehehe
Menariknya SL tengok tempat ni.. Rasa nak g pun ada. tapi jangan pulak yang kena Leptospirosis hehe..
Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.
Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.
Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.
Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang. Dua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Selasa , 10-04-2012 - Ahli Parlimen Hamed Al-Beitawi meninggal dunia di hospital Makased, kawasan diduki Baitulmaqdis Rabu lepas, selepas pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) enggan membenarkan perjalanan beliau bagi mendapatkan rawatan perubatan di Jordan.
Sheikh Beitawi, yang merupakan ketua persatuan ulama Palestin, telah mengalami masalah jantung pada minggu sebelumnya dan memerlukan pembedahan jantung terbuka yang sukar di Tebing Barat memandangkan kondisi diabetes yang dialami.
IOA tidak membenarkan beliau meninggalkan Jordan untuk pembedahan tersebut dan bersetuju membenarkan beliau ke kawasan diduduki Baitulmuqaddis untuk pembedahan. Sheikh Beitawi telah menjalani pembedahan tersebut dan hanya ditemani isterinya sahaja atas tiket isterinya itu berasal dari Baitulmaqdis.
Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu.
Entah di mana silapnya, sejak daripada pembedahan itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa!
Walaupun isterinya sampai naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa…malah ketika isterinya marah pun, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.
Pakar perubatan sehingga kini masih ‘kebingungan’ dengan keadaan tersebut tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.
Namun ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa, bukan itu saja, dia juga akan menitiskan airmata….iaitu ketika lagu kebangsaan negara itu berkumandang.
Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.
Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan itu, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut.
Tabiat suka ketawa Bosse, kata isterinya, membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.
Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa itu?
” Ketawa itu kan normal,” kata Bosse sebelum kembali ketawa. Aduhhhhhhh……
ucing biasanya adalah haiwan peliharaan yang akan dikaitkan dengan imej comel dan lucu.
Namun, kucing yang dinamakan Don Sphynx seperti dalam gambar di atas mungkin terkeluar sedikit daripada imej demikian.
Seperti namanya yang misteri, penampilan Don juga jauh dari rupa yang comel. Sekali lihat, rupa kucing itu agak menyeramkan.
Inilah penampilan seram dari kucing yang mengikuti pertandingan kucing yang berlangsung di Kyrgyzstan baru-baru ini.
Dalam pertandingan tersebut, sekitar 100 haiwan dari Kazakhstan dan Kyrgyzstan mengambil bahagian. Di sinilah, para pemilik mempamerkan binatang aneh dan ajaib milik mereka.
Don Sphynx sendiri disebut-sebut mirip makhluk luar angkasa yang popular di Hollywood seperti ET dan Gremlin. Meskipun seram, Don sebenarnya dipuji sebagai seekor kucing yang riang, mudah bergaul dan juga bijak.
Jadi, jangan menilai dari penampilan luar semata-mata.
Cuba perhatikan aksi memerang ini. Dia tampak seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menghiburkan.
Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.
Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.
Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. ” Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.
Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata,” Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,”.
Aku rasa pak cik telah menemuakn formula baru bagi menangani kenaikan harga minyak..Dengan menggunakan air kenyingnya,dia yakin bahawa ia dapat menggantikan keretanya yang kehabisan petrol..Hahaha..>_<.....