Searching...
Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
00:48 0

BERITA Dr Maza nafi sebar gambar bas mewah Sultan Johor di Twitter



  • Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter

 1 / 1 

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yg didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yg melakukan fitnah. Ini gambar yg tidak sah,” katanya yg dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yg menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yg dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.


Beliau menegaskan, gambar yg menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.

Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yg digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.

Sedangkan model bas yg dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach.

 

00:26 0

TERKINI Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru




Nampaknya perang di antara bekas pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini masih belum berakhir.

Menerusi laporan Berita Harian pada Selasa, Aidil Zafuan telah mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan kepada media baru-baru ini.

Aidil pada awalnya mahu berhenti membuat kenyataan balas tetapi selepas kenyataan Rita menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, dia bangkit mempertahankan isteri.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yg dibuat.

“Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

“Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

“Itupun kawan yg beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik.

“Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar.

Saturday, 21 June 2014
22:51 0

BERITA Sultan Johor Pandu Bas Sendiri Bertemu Rakyat

alt



Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berangkat memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 selama empat hari dngan memandu bas untuk berjumpa rakyat di 10 daerah di negeri ini.

Kembara bertemakan 'Gaya Hidup Sihat' melibatkan laluan sejauh 858 kilometer itu bermula di Dataran Bandaraya Johor Baharu, di sini, pada pukul 9 pagi ini dengan pelepasan dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.


Berangkat sama menyertai kembara berkenaan, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, Datuk Bandar Johor Baharu Abdul Rahman Mohamed Dewam dan para pegawai kerajaan.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata KMJ yg dianjurkan sejak 2001 dapat merapatkan hubungan baik antara pihak istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata sekali gus memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan.

"KMJ kali ke-17 ini juga dapat menarik kehadiran pelancong ke negeri ini dan lebih membanggakan program ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan sebagai satu daripada acara pelancongan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau berkata kehadiran rakyat di sepanjang lokasi kembara itu juga sekali gus dapat mempromosikan produk-produk tempatan dan mampu menjayakan dasar Satu Daerah Satu Industri yg sedang dibangunkan kerajaan negeri Johor ketika ini.

Hari ini, Sultan Johor yg memandu bas mewah 'Prevost Marathon Coach' bersama rombongan baginda dijadual singgah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Seri Alam, di sini sebelum berangkat ke Dewan Felda Bukit Permai dan Taman Komuniti Bandar Tenggara, dekat Kulaijaya.

KMJ kemudian meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi sebelum menamatkan hari pertama dengan bermalam di Kampung Sri Lalang di Mersing.

Pelbagai acara diatur di setiap laluan yg disinggahi Sultan Ibrahim dan rombongan baginda sepanjang KMJ berlangsung termasuk pelancaran kempen 'Johor Bebas Asap Rokok', senam robik dan pameran kesihatan dalam mempromosi gaya hidup sihat selain pengagihan aiskrim secara percuma kepada rakyat.

Sultan Ibrahim akan turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kepada golongan yang layak sepanjang kembara berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...