Searching...
Showing posts with label Aidil. Show all posts
Showing posts with label Aidil. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
00:26 0

TERKINI Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru




Nampaknya perang di antara bekas pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini masih belum berakhir.

Menerusi laporan Berita Harian pada Selasa, Aidil Zafuan telah mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan kepada media baru-baru ini.

Aidil pada awalnya mahu berhenti membuat kenyataan balas tetapi selepas kenyataan Rita menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, dia bangkit mempertahankan isteri.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yg dibuat.

“Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

“Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

“Itupun kawan yg beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik.

“Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar.

Monday, 23 June 2014
07:44 0

ARTIS "Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan




Aidil berang Zarema dituduh menjadi punca dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya. Foto kredit WCP


Pemain bola kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yg tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungimStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yg dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yg diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yg selama ini sering dikecam masyarakat.

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun.

Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online:

Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?

Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yg tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.

Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia  tak boleh SMS atau telefon saya terus?

Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yg mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.


Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?

Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.

Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.



Rita Rudaini mendedahkan isteri baharu Aidil cuba menyekat komunikasi mereka.



Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu?




Sebagai ibu kepada ana-anaknya,  dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?

Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.




Kesal dengan tindakan Rita?




Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis.

Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.





Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?




Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.

Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja.





Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini?



Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.

 

Saturday, 21 June 2014
23:30 0

LUAHAN Berlakon Tak Ada Kena Mengena Dengan Bayar Nafkah – Aidil Zafuan


Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yg tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm.

aidil zafuan

Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-


Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak.

aidil rita
Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...