Searching...
Showing posts with label Bertemu. Show all posts
Showing posts with label Bertemu. Show all posts
Saturday, 21 June 2014
23:32 0

APA KES Anak Farid Kamil & Diana Danielle Masih Belum Bertemu Neneknya


Anak Farid Kamil dan Diana Danielle yg bernama Muhammad sudah pun hampir berusia satu tahun. Memang comel sangat-sangat Muhammad ini. Macam muka si emaknya. Putih pun putih. Kecik-kecik lagi dah nampak kehenseman, besar nanti confirm boleh jadi hero filem Malaysia. Kalau David Teo ada lagi masa tue, confirm dah kena sign contract awal-awal. Tak gitu?
farid kamilUmum mengetahui krisis yg sedang melanda antara Farid Kamil, Diana Danielle dan ibu Diana Danielle. Oleh kerana krisis tersebut, sehingga ke hari ini, Muhammad masih belum bertemu dengan neneknya. Sedih memang sedih, namun menurut Farid Kamil, Diana Danielle sendiri masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya. Kata Farid menerusi Harian Metro:-


Sebenarnya, saya tidak ada masalah untuk membawa Muhammad bertemu dengan neneknya. Malah, saya ada berbincang dengan Diana mengenai perkara itu, namun Diana sendiri memberitahu dia belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya itu. Insya-Allah, kalau ada rezeki pasti Muhammad akan bertemu juga dengan neneknya nanti.

farid kamil


Abang Nara yakin pasti akan ada jalan penyelesaian untuk krisis mereka bertiga ini. Agak sedih juga jika Muhammad tidak mendapat kasih sayang seorang nenek. Nenek kalau jaga cucunya, memang lain macam sikit. Pastinya Farid Kamil dan Diana Danielle tahu yang terbaik untuk anak mereka, sama-samalah kita doakan agar keputusan terbaik dapat dicapai kelak. Lagi beberapa gambar aksi comel Muhammad dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

farid kamil
farid kamil
farid kamil
farid kamil
farid kamil
22:51 0

BERITA Sultan Johor Pandu Bas Sendiri Bertemu Rakyat

alt



Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berangkat memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 selama empat hari dngan memandu bas untuk berjumpa rakyat di 10 daerah di negeri ini.

Kembara bertemakan 'Gaya Hidup Sihat' melibatkan laluan sejauh 858 kilometer itu bermula di Dataran Bandaraya Johor Baharu, di sini, pada pukul 9 pagi ini dengan pelepasan dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.


Berangkat sama menyertai kembara berkenaan, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, Datuk Bandar Johor Baharu Abdul Rahman Mohamed Dewam dan para pegawai kerajaan.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata KMJ yg dianjurkan sejak 2001 dapat merapatkan hubungan baik antara pihak istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata sekali gus memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan.

"KMJ kali ke-17 ini juga dapat menarik kehadiran pelancong ke negeri ini dan lebih membanggakan program ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan sebagai satu daripada acara pelancongan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau berkata kehadiran rakyat di sepanjang lokasi kembara itu juga sekali gus dapat mempromosikan produk-produk tempatan dan mampu menjayakan dasar Satu Daerah Satu Industri yg sedang dibangunkan kerajaan negeri Johor ketika ini.

Hari ini, Sultan Johor yg memandu bas mewah 'Prevost Marathon Coach' bersama rombongan baginda dijadual singgah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Seri Alam, di sini sebelum berangkat ke Dewan Felda Bukit Permai dan Taman Komuniti Bandar Tenggara, dekat Kulaijaya.

KMJ kemudian meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi sebelum menamatkan hari pertama dengan bermalam di Kampung Sri Lalang di Mersing.

Pelbagai acara diatur di setiap laluan yg disinggahi Sultan Ibrahim dan rombongan baginda sepanjang KMJ berlangsung termasuk pelancaran kempen 'Johor Bebas Asap Rokok', senam robik dan pameran kesihatan dalam mempromosi gaya hidup sihat selain pengagihan aiskrim secara percuma kepada rakyat.

Sultan Ibrahim akan turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kepada golongan yang layak sepanjang kembara berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...