Searching...
Showing posts with label Bayar. Show all posts
Showing posts with label Bayar. Show all posts
Monday, 23 June 2014
14:51 0

BERITA SAYA CUBA BAYAR RM100 SEBULAN KEPADA ANUAR, SEBAB SAYA SEORANG NELAYAN - PAPA GOMO




 



“Saya cuba mohon dngan mahkamah untk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dngan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dngan dihadiri peguam Shahid Adli yg mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yg mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yg memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yg dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Kalau seratus sebulan berapa lama boleh selesai? :)

07:02 0

DUNIA Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi (6 Gambar)





Seorng budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi

dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar

 tambang teksi.

Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untk membakar budak

lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. 



Budak tersebut tahu apa yg bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk

hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.


Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya 

memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yg cuba

untuk tolong. 



DiMexico, inilah yg berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.

entah berapa nilai tambang tu,,sampai pemandu-pemandu teksi membakar

remaja itu,,,Ngeri...

Lagi 5 keping gambar dibawah :














 

Saturday, 21 June 2014
23:30 0

LUAHAN Berlakon Tak Ada Kena Mengena Dengan Bayar Nafkah – Aidil Zafuan


Muka kacak, badan tough, ramai peminat dan ada pakej. Memang wajar dan logik kalau pemain bola sepak Aidil Zafuan terjun ke bidang lakonan. Abang Nara yakin pasti filem/drama/iklan lakonan Aidil akan mendapat sambutan hangat. Jadi apabila beberapa gambar dirinya sedang berlakon dikongsikan baru-baru ini, ramai yg tertanya-tanya sama ada Aidil berlakon kerana mahu mencari duit lebih untuk membayar nafkah anak-anaknya. Hmmmm.

aidil zafuan

Kalau anda tak tahu, baru-baru ini bekas isteri Aidil, Rita Rudaini telah membuat permohonan nafkah tertunggak sebanyak RM100,000. Memang satu angka yang banyak. Malah Aidil juga sebelum ini mengakui hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM2,000 berbanding RM5,000 yang diminta oleh Rita. Namun Aidil tampil menafikan yang dia menceburi bidang lakonan kerana mahu membayar nafkah anak-anaknya. Kata Aidil:-


Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak.

aidil rita
Semoga penceburan Aidil Zafuan dalam bidang lakonan ini akan bertambah serius apabila bersara daripada dunia bola sepak. Nampak gaya macam boleh pergi jauh. Buat masa ini, secara “part time” pun ok dah. Asah bakat terlebih dahulu. Nanti bila betul-betul nak fokus, bolehlah pergi kelas lakonan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pendapat anda?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...