Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.
The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.
Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yg didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yg periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.
Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yg dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.
Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yg pendek.
Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yg menyiasatnya.
Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yg dimuat naik di internet.

0 comments:
Post a Comment