Sikap buruk Orlando menjadi punca kepada perceraian mereka.
SIKAP buruk Orlando Bloom yg gemar berpesta dilaporkan menjadi punca utama isteri pelakon terkenal itu, Miranda Kerr mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.
Portal Daily Mail melaporkan, Miranda sebenarnya tidak tahan dengan sikap Orlando yg gemar berpesta dan sentiasa tidak berada dirumah bersamanya kerana lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.
Miranda dikatakan bertambah geram apabila perkara itu berlanjutan hampir setiap hari sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak mereka.
Sebelum ini pelbagai spekulasi dan laporan dibuat tentang perpisahan pasangan itu namun mereka memberitahu tiada persefahaman menjadi punca utama.
Pasangan itu mengumumkan perpisahan pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn.
0 comments:
Post a Comment