Searching...
Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
00:39 0

BERITA MH370 : Rumusan terbaru ATSB


Sydney (Australia): Penumpang dan anak kapal MH370 yang masih dicari kemungkinan meninggal dunia sebelum pesawat yang terbang menggunakan autopilot berakhir di lautan, kata laporan terbaru daripada pihak berkuasa Australia.



Mengikut laporan 55 muka Lembaga Biro Keselamatan Australia (ATSB), penyiasat memperoleh keputusan berkenaan selepas melakukan perbandingan keadaan dalam pesawat dengan beberapa nahas sebelumnya, walaupun tiada bukti baru. 


Laporan itu menjuruskan tumpuan terhadap kemungkinan lokasi berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan yg berdasarkan beberapa kemungkinan, termasuk mengambil kira tiada komunikasi.

Laluan penerbangan yg dilihat kekal dan beberapa faktor luar biasa turut diambil kira dalam merumuskan penemuan berkenaan.

Foto

SEMUA penemuan itu menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat MH370 berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi. FOTO EPA


“Tiada tindak balas daripada anak kapal atau hhypoxia event' diandaikan bukti terbaik sehingga membawa kepada rumusan berkenaan,” mengikut kata laporan ATSB.


Semua penemuan itu kemudiannya menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat berkenaan berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi berbanding andaian sebelum ini.

Pihak berkuasa Australia turut memberitahu, semua faktor itu membuatkan pencarian pesawat berkenaan dipindahkan ke kawasan jauh ke selatan berbanding sebelum ini.

Keputusan itu muncul selepas lebih 100 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) B777, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac lalu.
Sunday, 22 June 2014
18:14 0

TERKINI MH370 : Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama

 





  • 'Ucapan terakhir' Kapten Zaharie

 1 / 1 

 Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.

The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.


Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yg didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yg periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yg dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yg pendek.

Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yg menyiasatnya.

Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yg dimuat naik di internet.

 

Saturday, 21 June 2014
22:34 0

BERITA ! Kerana Dedahkan Maklumat MH370, Sharifah Sofea Kini Jatuh Sakit







Satu berita yg menggemparkan menarik minat penulis untuk kongsikan di sini. Seorang kakitangan MAS, Sharifah Sofia Syed Rashid yg sebelum ini dikatakan dengan berani mendedahkan maklumat rahsia tentang teori-teori kehilangan MH370.

Sharifah Sofia dikatakan telah jatuh sakit selepas melakukankan pendedahan tersebut, dia dikatakan muntah darah secara tiba-tiba. Ikuti printscreen di bawah yg menceritakan kronologi perkara ini.



 







Jika anda belum membaca pendedahan yang dilakukan oleh Sharifah Sofia menerusi timeline Facebookny, boleh la membaca pendedahan yg menggemparkan tersebut di sini : 



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...