Keasyikan pelayan pelanggn (G---RO) berhibur bersama pelanggan masing-masing terbantut apabila sebuah premis pusat hiburan karaoke di Sekinchan di sini, diserbu polis awal pagi semalam.
Serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) diketuai oleh Asisten Superintendan, Muhammad Mohd Jais bersama seorang lagi pegawai dan 10 anggota.
Muhammad berkata, ketika serbuan semua GRO sedang leka melayan pelanggan yg datang berhibur di premis itu bertempiaran lari ke tingkat tiga premis berkenaan.
Muhammad berkata, ketika serbuan semua GRO sedang leka melayan pelanggan yg datang berhibur di premis itu bertempiaran lari ke tingkat tiga premis berkenaan.
“Sebaik terkejut dengan kehadiran polis di premis itu, kesemua GRO itu cuba meloloskan diri dengan bertindak lari ke tingkat atas bangunan,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, seramai 26 warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dicekup dalam operasi terbabit.
“Dalam serbuan itu, seramai 35 pelanggan yg asyik berkaraoke sambil dilayan mesra GRO telah diambil keterangan dan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun dipercayai penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan.
“Selain itu, kami turut menahan enam lelaki warga Myanmar yg bekerja di premis tersebut dan tidak mempunyai sebarang dokumen yg sah ,” katanya.
Menurutnya, semua GRO yg ditahan bekerja tanpa permit dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan mereka yg ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan selanjutnya.
“Serbuan dijalankan selepas pihak polis melakukan intipan selama seminggu selain aduan daripada orang ramai dan keluarga pelanggan pusat karaoke itu sendiri yg berang apabila ada di antara mereka kerap menghabiskan masa di premis terbabit.
“Kes itu disiasat di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yg sah,” katanya, lapor Sinar Harian.
0 comments:
Post a Comment