Perkenalan di aplikasi pesann ringkas WeChat membuatkan seorang guru wanita berusia 25 tahun kerugian kira-kira RM40,000 selepas ditipu seorang ‘duda’ sejak lima bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 36 tahun itu, bagaimanapun ditahan di Bukit Panchor pada 17 Jun lalu.
“Suspek ditahan oleh saudara mangsa yg kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis berikutan merasakan mangsa telah ditipu suspek dengan menyerahkan pelbagai barang kemas dan wang sejak lima bulan lalu.
“Siasatan awal mendapati, status suspek bukannya duda seperti yg didakwa, sebaliknya masih beristeri dan memiliki seorang anak manakala pemeriksaan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis opiat.
“Suspek yg berasal dari Parit Buntar direman sehingga Sabtu (hari ini) bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah SPS, semalam.
Shafien berkata, suspek turut dipercayai menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penemuan ves berlogo di dalam kereta suspek.
“Siasatan mendapati, suspek tidak pernah bekerja sebagai pegawai SPRM sebaliknya merupakan bekas tentera yg bersara awal.
“Selain itu, polis turut menemui beberapa resit pajak gadai dan tiga telefon bimbit dan dia dipercayai menggadai barang kemas milik mangsa di kedai pajak di sekitar Parit Buntar,” katanya.
Kes ini disiasat di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 420 atas tuduhan menipu, Seksyen 170 kerana menyamar sebagai penjawat awam dan Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya.

0 comments:
Post a Comment