Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan
kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai
yg menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.
diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.
Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yg
saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.
"Apa yg saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya
orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya
habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini."
Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah
pasangantersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah
punca pergolakan rumahtangga mereka.
"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie
dan Liyana dibangkitkan,nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama
saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.
"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi,
sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yg berlaku antara
Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."
Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan
penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.
"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka
yg tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan
jangan babitkan nama saya.
Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud
dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing
hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus."
Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira
Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira
sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali
bersatu.
0 comments:
Post a Comment