Searching...
Showing posts with label Romie. Show all posts
Showing posts with label Romie. Show all posts
Tuesday, 24 June 2014
07:53 0

ARTIS Punca Sebenar Hanez Suraya Dan Romie Putus Hubungan




Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan 

kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai 

yg menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.



Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur 

diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.



Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yg 

saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.



"Apa yg saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya 

orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya 

habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini."



Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah 

pasangantersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah

punca pergolakan rumahtangga mereka.



"Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie 

dan Liyana dibangkitkan,nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama 

saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.


"Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, 

sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yg berlaku antara 

Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya."



Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan

penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.



"Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka

 yg tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan 

 jangan babitkan nama saya.



Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud 

dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing 

hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus."

Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira 

sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali 

bersatu.



 

Sunday, 22 June 2014
18:09 0

ARTIS Hanez Suraya Sudah Putuskan Hubungan Dengan Romie?


Ok berita ini agak menarik untuk dikongsikan kepada anda semua. Terkejut juga Abang Nara membaca kenyataan Hanez Suraya di Metro Ahad. Mana tidaknya, Hanez memaklumkan yg dia sudah mengambil keputusan untuk mengorbankan hubungannya dengan Romie. Ini bermakna, Hanez dan Romie bukan lagi pasangan kekasih. Mereka sudah tidak ada apa-apa lagi.
hanez surayaAbang Nara terpaksa membaca 2,3 kali untuk memastikan apa yang dibaca. Memang tak percaya. Namun inilah kenyataannya. Hanez Suraya memaklumkan yg pengorbanan ini dilakukan agar rumah tangga Romie dan Liyana boleh diselamatkan dan mereka berdua kembali seperti biasa. Kata Hanez:-


Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegasan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.

Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.

Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.

hanez suraya romie
Serius Abang Nara terharu membaca kata-kata Hanez Suraya. Tahniah diucapkan kepada Hanez kerana mengambil keputusan hebat ini walaupun ia patut diambil lebih awal. Namun orang kata ‘better late than never’. Semoga dengan pengorbanan Hanez mengorbankan cintanya, Romie dan Liyana dapat bersatu kembali dan membina balik rumah tangga mereka. Sama-samalah kita doakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...