Kehadiran The Raid 2 dalam bentuk DVD/ Bluray dan juga download percuma
secara haram yg berleluasa mengembalikan kembali semangat filem ni yg
terhalang dek pengharamannya di Malaysia suatu masa dahulu.
Menonton filem ni, aku rasakan pengharamannya wajar disebabkan keganasan
nya yg melampau dan juga keberaniannya untuk aksi yg sangat dewasa.
Nampaknya filem Indonesia sudah berhubung dengan dunia. Dan kita masih
di sini.
Cuma dalam kebanggaan rakyat Indonesia menerima filem yang sangat
internasional ini di mata dunia, aku sebenarnya kurang selesa kerana
penampilan filem ni sangat internasional hingga menghilangkan asal usul
filem Nusantara yg seharusnya licin dari sebarang kelucahan melampau.
Dalam filem The Raid 2, babak bogel kelihatan pada satu saat. Seorang
perempuan bogel yg keluar dari sebuah kawasan rakaman filem lucah
dengan mengenakan sex toy dan mendedahkan dada antara sajian filem
ni yg aku rasakan agak keterlaluan.
Justeru, aku merasakan jika ini yang ada pada identiti filem Indonesia untuk
dibawa kepada dunia, aku rasakan filem ini sudah jauh melebihi batasan
yg seharusnya ada. Aku kagum dengan kualiti aksinya. Aku kagum dengan
garapan ganasnya, yg aku terima sebagai satu identiti Asia yang sangat
berani. Namun, bogel yg secara langsung, tidak akan dapat aku terima
dalam sebuah filem Asia (kecuali Jepun dan Korea kerana kebiasaan mereka
sudah lama) terutama sekali filem Indonesia.
Malaysia, jangan jadi macam ni jika mahu keluar dari kepompong. Macam
kata Tun Dr. Mahathir, Malaysia akan dibentuk dengan acuan kita tersendiri.
Jadi, cara kita tidak semestinya seperti mereka.
0 comments:
Post a Comment