Memang menyentuh hati admin apabila melihat gambar bila seekor anjing menyelamatkan anak-anaknya yang berusia 10 hari daripada kebakaran rumah dan membawa mereka ke tempat selamat telah muncul di internet.
Kebakaran itu berlaku di sebuah rumah di Santa Rosa de Temuco, Chile.
Ibu anjing itu - anjing campuran German Shepherd yang dipanggil Amanda merisikokan hidupnya untuk mengambil anak anjing menggunakan mulutnya dan berlari antara rumah dan trak penyelamat berulang kali sehingga semua anak anjing selamat.
Selepas menyelamatkan semua anak-anaknya, Amanda baring bersebelahan dengan mereka, melindungi mereka dengan tubuhnya sementara anggota bomba berjuang memadamkan api kebakaran.
Amanda dan anak anjingnya kemudian dibawa ke doktor haiwan di mana satu daripada anak anjing yang dipanggil Amparo, mati kerana mengalami kebakaran yang teruk. Empat anak anjing yang lain berada dalam keadaan yang baik.
Doktor haiwan, Felipe Lara, memberitahu bahawa Amanda membenarkan empat anaknya itu dirawat tetapi ingin terus berada di sebelah Amparo ketika dirawat seolah-olah enggan mereka mengambil Amparo dari pandangan matanya.
0 comments:
Post a Comment