Searching...
Saturday, 16 June 2012
05:57 0

Tiz Zaqyah Enggan Ulas Lanjut Isu Twitter Remy Ishak, Anggap Normal


Pasti ramai ingin tahu apa sebenarnya terjadi antara Tiz Zaqyah& Remy Ishak sehingga menyebabkan isu hubungan mereka terbawa bawa ke laman sosial baru baru ini.

Tiz Zaqyah di’temui media ketika hadir ke pra tonton drama bersiri terbaru TV3, Dejavu Di Kinabalu dan beliau sendiri dapat mengagak soalan pana dari pihak yang hadir.

“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah yang nampak ceria sepanjang sidang media.

Di’minta memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya terjadi antara beliau & Remy Ishak untuk elakkan spekulasi, Tiz Zaqyah berkata itu sesuatu yang tidak boleh di’kawal.

“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia’nya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambah’nya.

Adakah hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berjalan atau sudah berakhir? Menurut Tiz Zaqyah, mereka berdua semestinya akan bercakap tentang hal ini & isu ini hanya secubit sahaja dari perjalanan hubungan mereka.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...