Searching...
Saturday, 9 June 2012
20:09 0

Saif Ali Khan, Kareena Kapoor Umumkan Kahwin 16 Oktober Depan


SETELAH sekian lama bermain teka-teki dengan para peminat mereka, akhirnya bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor mengumumkan bakal berkahwin pada 16 Oktober depan.

Seperti dilaporkan oleh One India, tarikh tersebut telah diumumkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga Saif iaitu Soha Ali Khan menerusi laman Twitternya.

Selain mengumumkan tarikah perkahwinan Saif dan Kareena, Soha juga mendedahkan pasangan itu akan bernikah di Pataudi tempat asal keluarga Saif.

"Terima kasih atas doa untuk bhai (panggilan untuk Saif) dan Kareena dan ingin saya umumkan bahawa pernikahan mereka akan berlangsung pada 16 Oktober depan di Pataudi," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan terkenal ini pernah mengumumkan akan berkahwin pada Februari tahun ini namun terpaksa ditunda kerana kesibukan kerjaya mereka.

Saif dan Kareena telah menjalin hubungan cinta selama lima tahun dan Saif sebelum ini pernah berkahwin dengan Amrita Singh dan bercerai pada tahun 2004 selepas 13 tahun hidup bersama. Manakala Kareena pernah berpacaran dengan Shahid Kapur.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...