Searching...
Sunday 3 June 2012
21:47 0

Prototaip Peranti Skrin Lutsinar Dengan Sokongan Sentuhan Depan Belakang Di Pertontonkan


Bagaimana dengan telefon pintar dengan skrin sentuh pada kedua-dua bahagian? Kini, syarikat daripada Jepun, iaitu NTT DoCoMo dan juga Fujitsu memperlihatkan prototaip untuk telefon pintar dengan skrin sentuh pada bahagian hadapan dan juga pada bahagian belakang, dan menggunakan skrin lutsinar padanya.
Melaluinya, ia memberikan interaksi yang lebih fleksibel diantara pengguna dengan peranti, dimana beberapa aplikasi dan permainan menjadi lebih menarik dengan sokongan sentuhan pada bahagian hadapan dan juga belakang.
Memandangkan ianya hanya sekadar prototaip, maka fungsi penuhnya, seperti merakamkan gambar dan sebagainya masih tidak diketahui bagaimanakah ianya berfungsi. Namun, dengan populariti skrin lutsinar yang semakin popular, mungkinkah peranti seumpamanya dipasarkan kepada umum?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...