Kemunculan protégé Faizal Tahir pada awal permulaan rancangan Mentor 6 mendapat perhatian peminat Mentor apabila memberikan persembahan yang cukup unik dan menarik. Rendisi tersendiri Anas ke atas lagu Adira, Ilusi pada konsert pengenalan menjadi salah satu persembahan yang paling diingati musim ini.
Entah di mana silapnya, semakin lama dikatakan prestasi jejaka berusia 23 tahun itu semakin menurun. Jika finalis akhir hanyalah sebanyak 2 orang protégé sahaja, sudah pasti Anas tidak akan beraksi dek menduduki tangga ketiga keseluruhan markah konsert separuh akhir semalam. Media menemui Faizal Tahir bagi mendapatkan komen beliau mengenai Anas.
“ Saya tak rasa persembahan beliau menurun. Anas berada di takuk yang sama sebab itu peningkatan tak berapa nak nampak. His progress is very stagnant. Graf dia mendatar sahaja. Kalau protégé lain itu anda boleh nampak graf mereka cantik apabila mereka meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain “.
“ Saya letakkan kesalahan tersebut pada diri saya sendiri. Saya bukanlah jadi mentor sebagaimana yang saya harapkan. Saya akui saya agak sibuk dengan beberapa urusan lain akhir-akhir ini sehinggakan satu minggu itu, saya ada cakap yang saya abaikan Anas. Apa-apapun, Anas kena sedar diri dia sekarang perlu untuk beri sesuatu yang lebih lagi “, akui penyanyi yang terkenal dengan lagu seperti Gemuruh dan Kasih Tercipta ini.
“ Saya terima semua kesalahan tersebut pada saya. Sekali lagi saya akui saya agak bersifat ‘over analytical’ sebab tak mahu Anas jadi klon saya. Berkali-kali saya fikir tentang perkara ini. Kalau kita tengok, strategi mentor lain untuk bawakan lagu rock dan sebagainya bagus untuk pertandingan sebab menonjolkan kekuatan protégé masing-masing. Bagi saya yang penting ialah masa depan karier Anas selepas program ini berakhir “, ujar Faizal yang menyifatkan Anas seorang yang unik dan berbakat besar.
Mengambil kira segala kritikan sebelum ini, Faizal dan Anas khabarnya akan berusaha untuk memberikan persembahan berbeza dan menonjolkan sisi lain Anas. Persembahan Anas yang mendendangkan lagu Christina Perri, A Thousand Years disifatkan Datuk Sharifah Aini sebagai agak lemah. Apakah formula yang akan diguna pakai pasangan mentor dan protégé ini? Mampukah beliau menafikan kuasa 2 protégé wanita yang lain? Saksikan konsert akhir Mentor 6 hanya di TV3! - GUA
0 comments:
Post a Comment