Searching...
Monday, 11 June 2012
22:23 2

Maulana AF8 Cerita Tentang Keburukan 'Orang Kita' Di UK

TIDAK ramai artis berani bersuara mempertikaikan tempat mencari rezekinya selama ini dan sewenang-wenangnya membandingkan dengan tempat baru yang bakal diduduki di luar negara satu masa nanti. Biarpun rancangan berhijrah itu masih kabur tetapi mengundang rasa senang segelintir pihak apabila ia dihebahkan kepada umum.

Tambahan pula negara pilihannya untuk berhijrah ialah United Kingdom (UK), negara yang sudah maju dan punya taraf hidup penduduk yang tinggi. Kenapa pula tidak dipilih negara-negara membangun seperti China atau Indonesia, mudah sikit urusan migrasi dan kerenah birokrasi penghijrahan.

Apa pun, itu semua pilihan penyanyi bernama sebenar Muhd. Firdaus Maulana Mohamed atau lebih glamor dengan nama pentas Maulana. Bintang kelahiran rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia Kelapan (AF8) ini semakin jelas dengan keputusannya untuk meninggalkan tanah air dan membina penghidupan baru di negara asing. Apa yang membuatkan Maulana nekad untuk berhijrah?

“Saya dah bosan dengan budaya kerja orang industri kita yang sentiasa caras mencaras antara satu sama lain. Tawaran kecil pun nak berebut. Itu belum masuk bab bayaran. Sangat teruk dan berterusan setiap kali ada tawaran.

“Itu belum masuk lagi bab kronisme dan pilih kasih penganjur acara hiburan yang asyik bagi muka-muka yang sama untuk show mereka. Walaupun artis itu tak berbakat, tapi atas dasar hubungan akrab, mereka akan dapat tawaran demi tawaran," dedahnya.

Takkan atas dua sebab itu lelaki berusia 24 tahun ini merajuk hati dan mahu meninggalkan tanah kelahiran sendiri? Menjawab persoalan ini, Maulana memberitahu itu bukan pucuk pangkalnya. Ada yang lebih serius dari dua perkara itu.

“Kalau nak tahu artis kita suka turunkan harga bayaran mereka. Bukan sikit-sikit, tapi separuh harga, malah lebih dari itu. Saya dah banyak kali terkena. Memang patut letak harga murah, tapi janganlah tak sepadan dengan bakat yang ada.

“Semua perangai itu yang membusukkan nama industri kita. Sebab itu saya berani cakap lantang dan juga penyebab artis baru macam saya ini susah nak naik.

“Saya tahu saya tak popular, tak menang apa-apa anugerah pun. Tapi bila saya ada pilihan untuk berhijrah, kenapa saya tak manfaatkan peluang itu? Lebih-lebih lagi bila tempat baru itu lebih menghargai bakat macam saya," luah Maulana lagi.

Kecewa
Adakah rancangan penghijrahan Maulana berkait rapat dengan kejadian tawaran pembiayaan untuk ke peringkat seterusnya pada program X Factor Britain Got Talent di UK pada hujung Januari lalu ditarik balik saat-saat akhir.

“Ye, benar. Tapi tak apalah, mungkin bukan rezeki saya. Sama juga situasinya bila saya tersenarai sebagai finalis untuk World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

“Tapi benda itu dah lepas. Tak apalah, apa yang penting sekarang ini masa depan saya. Kena kerja kuat dari sekarang. Saya kena ubah nasib saya, tak kan nak goyang kaki, tunggu perkara ajaib berlaku," nekadnya.

Pemegang watak Adua dalam teater Primadona... Perahu Mimpi ini juga menegaskan bahawa rancangan penghijrahan ke UK satu masa nanti itu dibuat secara teliti termasuk memikirkan apa yang bakal dilakukan sewaktu bergelar pendatang asing.

“Saya nak buka kedai makan yang ada diselitkan acara hiburan sekali. Apa pun benda ini masih dalam perancangan. Nanti bila dah siap semua, saya akan beritahu," ujar penyanyi album Youth di bawah Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Orlaith ini mengakhiri perbualan.

2 comments:

  1. dia banyak duit boleh la nak cr keje kat negara org putih tue.. biarkan

    yg tak berduit terpaksalah cr keje lain kat mesia nie... takkan mati kebuluran lah tinggal kat mesia klu kita berusaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...