RABU lalu telah berlangsungnya majlis Malam Gala Tayangan Media Filem ‘Jiwa Taiko’ di Cathay Cineleisure, e@Curve. Usai tayangan filem arahan Osman Ali itu, perkara utama yang menjadi perbualan penggemar seni filem tempatan ialah aksi berahi dan romantik lakonan Nadiya Nisaa dan Bront Palarae serta Remy Ishak dengan Diana Danielle.
Media sempat bertemu dengan pengarah muda, Farid Kamil yang turut hadir menemani teman wanitanya, Diana pada majlis itu. Ditanya mengenai reaksi beliau apabila menonton aksi romantik kekasihnya itu bersama lelaki lain, Farid memberitahu sudah dapat menjangkakan babak sebegitu akan ada.
“Sebagai penonton, bila dah cakap kategori 18, saya mesti sudah jangka akan ada sesuatu benda yang macam itu. Bagi saya, persembahan serta interpretasi ‘Jiwa Taiko’ memang menepati citarasa dan bersesuaian dengan kategori klasifikasi 18 yang diberikan.
“Mungkin pengarah cuba nak tampilkan satu kelainan dan apa yang boleh saya katakan, ini merupakan filem paling ‘daring’ sekali dalam tahun 2012 yang pernah saya tengok setakat ini,” ujar Farid yang lebih selesa untuk tidak mengulas mengenai aksi Diana dengan Remy dalam filem tersebut.
“Saya rasa saya tak layak untuk memberi komen tentang lakonan sesiapa dalam filem ini. Cuma sebagai pelakon, Diana dah ada peningkatan dari masa ke semasa.”
Menyentuh mengenai perkembangan perhubungan cintanya dengan Diana sekarang, pelakon yang bakal muncul dengan filem Hantu Gangster, Lagenda Budak Setan 2 dan Lagenda Budak Setan 3 ini memberitahu, “Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami okay dan masih berada di tahap yang sama,”ujar Farid mengakhiri perbualan.
0 comments:
Post a Comment