Searching...
Wednesday, 6 June 2012
11:43 0

[infoto] Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun 2012

TRANSIT ZUHRAH...Planet Zuhrah melintasi hadapan matahari Masachapa, Nicaragua pada Rabu. Fenomena transit Zuhrah yang akan berlaku pada bermula jam 6.10 pagi dan berakhir pada 12.40 tengahari di sini, Rabu. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari. Fenomena transit pernah berlaku pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125.
IMEJ ihsan NASA menunjukkan Planet Zuhrah (Venus) melintasi antara bumi dan matahari dikenali sebagai Transit Planet Zuhrah. Gambar bawah, orang ramai menggunakan penapis cahaya untuk melihat fenomena Transit Planet Zuhrah yang berlaku sekali setiap 100 tahun, di New York, hari ini.
GAMBAR DI ATAS - planet Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari. 

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari. 

Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117. Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.

Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja. 

Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain. 

Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah berlaku kerana matahari telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan transit Zuhrah apabila matahari terbit.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...