Jika ultrabook adalah laptop nipis dikuasakan oleh cip pemproses Intel, sleekbook pula adalah laptop nipis dikuasakan oleh cip pemproses AMD. Dalam dunia cip pemproses, Intel dan AMD bersaing hebat sepertimana Ferrari dan Lamborghini bersaing dalam dunia kereta, Ducati dan Kawasaki dalam dunia motorsikal.
Sleekbook komersil pertama adalah dari buatan Hp, di namakan HP ENVY Sleekbook 6-1010us dikuasakan oleh cip pemproses AMD A6-4455M berkepantasan 2.1 GHz kini sudah mula dijual ke seluruh dunia pada harga permulaan $699 Dolar Amerika bersamaan harga sebanyak RM2,100 jika di Malaysia, yang mana jauh lebih murah dari mana-mana ultrabook yang ada di negara kita sekarang ini.
HP Envy 6-1010us Sleekbook beroperasi menggunakan sistem Windows 7 Home Premium 64-bit, memiliki skrin 15.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768 piksel, grafik di kuasakan oleh AMD Radeon HD 7500G Discrete-Class, RAM 4GB dari jenis DDR3, luas cakera keras 500GB, dua palam USB3.0, satu palam USB2.0, palam HDMI untuk sambungan ke skrin nipis yang lebih besar, palam audio/video, sambungan WiFi, Bluetooth, sambungan ke talian internet biasa menggunakan kabel RJ45. Beratnya cuma 4.53 pound, nipisnya pula cuma 0.78 inci. Jika Anda mahu upgrade ke Windows 8, tidak ada masalah.
Ini adalah peluang untuk memiliki sebuah laptop nipis pada harga lebih rendah dari harga sebuahultrabook namun tetap beroperasi pantas seperti sebuah ultrabook. Cip AMD di kenali sebagai cip yang cepat panas, maka Anda patut gunakan cooling fan dengan kerap apabila mengambil keputusan untuk membeli mana-mana komputer riba dikuasakan oleh cip AMD.
0 comments:
Post a Comment