Gagal Tengok Wayang, Tarik Tudung Wanita Islam
Britain – Kerana khayal dengan dadah dan berang akibat filem pilihannya tidak ditayangkan di pawagam, seorang lelaki melepaskan kemarahannya dengan bertindak menarik tudung yang dipakai oleh seorang wanita muslim, Farhana Chughtai Niqab.
Keadaan tersebut telah memalukan Farhana yang ketika itu berjalan di sebuah pusat beli belah bersama keluarganya.
Tindakan Ian Brazier, 26, itu turut mengejutkan keluarga Farhana.
Dia kini berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun selepas mengaku salah melakukan serangan bersifat perkauman itu.
Ketika pertuduhan dibacakan, pendakwa raya John McCann memberitahu mahkamah, perbuatan biadap tertuduh memalukan Farhana kerana auratnya telah terdedah di hadapan orang ramai dan ia merupakan dosa besar dalam Islam.
“Mangsa memakai Niqab dan berjalan bersama keluarganya di pusat beli belah itu sebelum dia merasakan seseorang menarik tudung yang dipakainya.
“Farhana kemudiannya menoleh ke belakang dan melihat tertuduh, iaitu seseorang yang tidak dikenalinya berdiri di situ,’’ katanya,
Brazier yang juga seorang penganggur kemudiannya melarikan diri namun ditangkap selepas kelibatnya dikesan melalui CCTV.
Dalam pada itu, peguam belanya, Habib Ahmed berkata, Brazier baru pertama kali menghisap dadah dan selepas mendapati filem yang menjadi pilihannya tidak ditayangkan, dia menjadi berang.
“Brazier melepaskan kemarahannya kepada orang pertama yang ditemuinya yang kebetulan merupakan Farhana. Dia sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun yang memakai tudung,’’ katanya.
Hukuman ke atas Brazier akan diputuskan pada 4 Julai ini.
0 comments:
Post a Comment