Salah satu perkara yang tidak disukai ramai ketika membaca sesuatu artikel di Facebook adalah untuk menambah aplikasi Social Reader untuk sesuatu web terlebih dahulu. Kini, sekiranya anda pengguna Chrome atau Firefox, boleh mengatasi perkara ini dengan mudah dengan hanya klik kanan pada pautan yang dikongsikan atau dibaca oleh rakan-rakan anda.
Kadang-kala ada sesuatu artikel yang menarik minat anda, dan ketika ingin membacanya, ia memerlukan anda menambah terlebih dahulu aplikasi Facebook Social Reader sebelum menggunakannya. Antara laman yang menggunakannya, termasuklah Amanz sendiri, selain daripada Yahoo!, Washington Post, dan sebagainya.
Bagi anda yang ingin mengatasi perkara ini, hanya perlu menambah sebuah add-on khas dinamakan sebagai Unsocialize pada Chrome atau Firefox anda.
Sebaik sahaja selesai menambah addon tersebut, sebuah menu khas akan ditambah pada bahagian menu klik-kanan, dinamakan sebagai Unsocialize.
Untuk menggunakannya, hanya pilih sebarang pautan dengan integrasi Facebook Social Reader, dan klik-kanan, dan pilih Unsocialize padanya. Ianya sekaligus akan membolehkan anda membaca tanpa perlu menambah aplikasi Facebook Social Reader pada akaun Facebook anda terlebih dahulu.
Cubanya hari ini.
0 comments:
Post a Comment