Searching...
Saturday, 19 May 2012
15:48 0

Ultrabook Komputer Riba Kategori Baru


Ultrabook menjadi satu kategori baru industri komputer riba. Dulu kita ada notebook yang tebal dan baterinya tahan 2-3 jam saja. Lepas tu muncul netbook, notebook/laptop saiz 10 inci atau 11 ini saiz kecil dan tidak ada pemacu DVD/CD dengan bateri bertahan 5-7 jam. Selepas itu muncul netbook saiz besar dalam 13 inci hingga 15 inci, kemudian netbook saiz besar itu berubah pula jadi ultrabook, laptop nipis saiz inci inci hingga 15 yang sangat nipis di bawah ukuran 10mm kemudian baterinya tahan lama pula.

Ultraboook telah di iktiraf sebagai kategori baru dunia perkomputeran bahkan kebanyakan pengguna sudah boleh membeza ultrabook dengan laptop biasa. Kalau ada kawan Anda tanya Anda apa bezanya ultrabook dengan laptop biasa, ingat saja tiga perkara ni – kenipisan, bateri 8 jam, prestasi tinggi kerana setiap ultrabook adalah laptop nipis berprestasi tinggi. Intel menggariskan 6 ciri asas wajib ada pada setiap ultrabook, iaitu:

1. Cip pemproses Intel Core.
2.Teknologi Intel Rapid Start untuk proses penghidupan pantas.
3.Teknologi Smart Response,akses pantas kepada fail digital yang kerap dibuka.
4.Teknologi Smart Connect, untuk menghidu kewujudan talian Wifi di sekitar kawasan pengguna kemudian membuang sambungan dengan pantas. Update masa nyata akan dilakukan walaupun ultrabook berada dalam mood ‘tidur’ (Sleep).
5.Teknologi Intel Anti Theft, untuk mematikan (disable) kesemua fungsi ultrabook Anda untuk mengelak data di dalamnya dari dicuri apabila ultrabook itu hilang.
6.Teknologi Intel Identity Protection, untuk mengelak data peribadi anda di salin atau disalah guna oleh pihak lain selain Anda. juga untuk mengelak orang lain menggunakan identiti Anda untuk tujuan tidak bagus.

[ sumber Intel Ultrabook, Gizmodo Australia ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...