Searching...
Wednesday, 30 May 2012
04:03 0

'Prestasi saya menakjubkan'



SCHRUNS-TSCHAGGUNS, Austria - Penyerang Sepanyol, Fernando Torres menegaskan dia berada dalam prestasi terbaik bagi membantu pasukannya mempertahankan gelaran Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 yang bakal membuka tirainya bulan depan.
Prestasi penyerang Chelsea itu sebelum ini mengundang kritikan ramai pihak sebaik membantu La Roja mendakap trofi Piala Dunia 2010 di Arfika Selatan.
Namun, Torres, 28, kembali menemui semula sentuhannya apabila berjaya membantu The Bluesmenjulang trofi Piala FA dan Liga Juara-Juara musim ini.
"Sesiapa yang meragui kemampuan saya, mereka silap.
"Prestasi saya ketika ini begitu menakjubkan dan bersedia membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan," katanya.
Malah, Torres juga percaya peluangnya untuk menyinar dalam kejohanan kali ini lebih terbuka selepas ketiadaan rakan penyerang, David Villa yang diketepikan gara-gara kecederaan.
"Kehilangan Villa bersama Carles Puyol pada kejohanan kali ini sememangnya cukup sukar buat kami tambahan pula turun selaku juara bertahan.
"Mana-mana pasukan pastinya begitu bersemangat mahu menewaskan kami, itu yang menjadikan kejohanan kali ini lebih menarik sebenarnya.
"Kini saya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar sebagai pencetak gol Sepanyol, dan itu yang akan saya lakukan," katanya.
Sepanyol diundi dalam Kumpulan C bersama Itali, Republik Ireland dan Croatia. - AFP



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...