BANGUNAN One World Trade Centre di New York yang dirakamkan pada 17 April lalu. |
Ketinggian bangunan baharu itu hanya melebihi 381 meter daripada bangunan Empire State di sini selepas para pekerja memasang beberapa tiang besi di atas menara itu.
One World Trade Center kini menjadi mercu tanda kebanggaan bandar raya New York dan pembinaannya bakal siap pada hujung tahun depan.
Menara itu setinggi 541.3 meter dan memiliki 104 tingkat jika siap sepenuhnya.
Ia juga lebih tinggi berbanding WTC yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 yang mengorbankan hampir 3,000 orang.
Bangunan tertinggi di dunia kekal milik Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.
Namun, One World Trade Center akan menjadi bangunan tertinggi di barat AS.
0 comments:
Post a Comment