Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sistem operasi dan platform mudah-alih, semestinya mengetahui akan perkembangan Tizen, salah satu projek yang dibangunkan bersama sokongan pelbagai gergasi besar, termasuk Linux Foundation, Intel dan juga Samsung. Dan hari ini, mereka secara rasminya telah melancarkan Tizen 1.0 (Larkspur).
Tizen 1.0 (Larkspur) merupakan kod stabil pertama yang dikeluarkan pembangun platform operasi tersebut, sekaligus membolehkan para pembangun mula membangunkan aplikasi mereka melalui sokongan SDK yang disediakan untuk Tizen 1.0.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, peranti yang menggunakannya masih belum diperkenalkan lagi. Namun, dengan pelancaran versi stabil pertama ini, mungkin kita boleh mensasarkan ianya bakal dilancarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.
0 comments:
Post a Comment