KUALA LUMPUR, 7 MEI 2012: Bagaikan mengambil restu ke atas majlis persandingan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, dua pasangan muda bercinta Liyana Jasmay bersama tunangnya, Fathuddin dan Shila Amzah dengan pelakon kacak Sharnaaz Ahmad telah hadir ke majlis persandingan dua pelakon popular berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.
Lebih manis lagi apabila masing-masing telah jalan seiringan dan memilih persalinan sedondon bagi mencuri perhatian tetamu yang hadir pada majlis resepsi berkenaan.
Shila Amzah dan Sharnaaz misalnya masing-masing telah memilih rona coklat caramel yang direka khas untuk majlis meratapi persandingan rakan artis mereka itu.
Meskipun ibu Shila Amzah turut hadir ke majlis berkenaan, namun lensa kamera terus tertumpu ke arah mereka berdua yang langsung tidak segan silu memberikan kerjasama kepada pihak media yang ingin merakamkan gambar atau menemuramah merpati dua sojoli berkenaan.
Begitu juga dengan pelakon remaja Liyana Jasmay yang buat pertama kalinya telah memimpin tangan tunangnya ke sebuah majlis yang sangat bermakna sebelum mereka berdua disatukan pada Januari tahun depan.
Liyana Jasmay telah hadir dengan gaun kembang rekaan sopan dari Rizman Ruzaini, manakala sebagaimana tetamu lelaki lain, Fathuddin telah menyarungkan baju Melayu cekak musang dari warna lembut bagi menampakan keserasian sesama mereka.
Pelakon filem jelita, Erra Fazira pula tampil tersendiri dan sederhana tetapi menawan dengan persalinan dari koleksinya sendiri.
Bagaimanapun kemunculan Erra Fazira sendirian tanpa ditemani suami, Engku Emran di sebelah telah mendapat perhatian ramai pihak terutama pihak media yang ingin mendekatinya bagi mengetahui perkembangan terkini pelakon berkenaan.
Malah kerana sedar kemunculannya semakin mencuri perhatian pihak media yang ingin menggali rencah hidup rumah tangganya, Erra Fazira nampaknya telah mengundurkan diri sebelum acara memotomg kek diadakan. - murai
0 comments:
Post a Comment