Jangan Menulis Tanpa Usul Periksa- Wardina Safiyyah
KUALA LUMPUR – Artis terkenal, Wardina Safiyyah memohon kepada rakyat Malaysia agar jangan terlalu mudah percaya dengan blog-blog yang menulis sesuatu isu tanpa asas atau sumber yang tepat.
Mengambil dirinya sebagai contoh, Wardina berkata, dia terkejut apabila peminat-peminatnya berkongsi beberapa artikel yang membabitkan dirinya berkaitan politik di negara ini.
Perkara itu katanya, adalah satu kejutan dan ditulis tanpa merujuk kepada dirinya terlebih dahulu.
“Rakyat Malaysia seharusnya bijak memilih sumber yang sahih, artikel yang berkredibiliti serta menggunakan akal dalam menilai sesuatu isu atau berita.
“Hentikan segala fitnah, tak perlu sensasikan sesuatu isu hanya untuk mengejar ratings,” ujar Wardina dalam nada tegas sewaktu dihubungi.
Ujarnya, dengan kecanggihan teknologi kini, berita begitu pantas tersebar. Justeru, pembaca perlu prihatin dan menilai dari setiap sudut berita yang disampaikan.
Beliau melahirkan rasa kecewanya lantaran daripada beberapa blog politik tempatan yang bertindak menulis artikel bahawa beliau akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pada entri sebelum ini, mynewshub telah menyatakan kenyataan balas Wardina yang menafikan dirinya terlibat secara aktif di dalam politik buat masa kini.
0 comments:
Post a Comment