Searching...
Thursday, 24 May 2012
13:29 0

IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?


Ketika Datuk Najib mengumumkan durian runtuh Felda pada minggu lepas, Datuk Najib dalam ucapannya mengutuk keras tindakan pembangkang yang terus-menerus menghasut kalangan peneroka Felda bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia seperti yang dirancang dan diimpikan kerajaan Malaysia sekarang ini sehingga berjaya. 

Antara Video Ucapan Datuk Najib : Pengumuman Durian Runtuh Felda




Antara petikan ucapan Datuk Najib yang mengutuk keras kalangan yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia :

“Haram jadah mereka itu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian itu. Saya nak tengok muka-muka ini, durian runtuh itu mereka hendak terima atau tidak. Haram jadah saya tak redha mereka ini menerima,”

Pastinya ucapan sebegini ditujukan kepada 2 golongan :

Kelompok pembangkang yang digelar pihak kerajaan sebagai golongan yang menghasut kalangan peneroka supaya terus menolak penyenaraian FGV di Bursa Malaysia
Kalangan peneroka Felda yang sudah beberapa kali berjaya mendapatkan injuksi Mahkamah untuk erus menghalang penyenaraian ini dilakukan
Ada lagi?

Walaubagaimanapun, semakan kami menunjukkan majoriti pengurusan tertinggi Felda tidak bersetuju dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia berdasarkan laporan yang telah dibentangkan oleh Boston Consulting Group (BCG) pada 18 Oktober 2011 jam 11 pagi, pengurusan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad.

Mesyuarat yang diadakan pada ketika itu, turut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut. Hasil laporan yang dikeluarkan oleh BCG adalah seperti berikut :

Boston Consulting Group (BCG) adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini, menyediakan pelan langkah-langkah penyenaraian dan juga ertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda mengenai tindakan kerajaan Malaysia menyenaraikan FGV dan aset-aset berkaitan Felda.

Hasil laporan yang dikeluarkan oleh BCG bagi mukasurat 4 adalah seperti berikut :







Hasil Keputusan Kaji Selidik 30 Orang Pengurusan Tertinggi Felda Dalam Bulan Oktober 2011 Seperti Berikut:

Nampaknya ramai kalangan pengurusan tertinggi Felda yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda Global Ventures FGV di Bursa Malaysia ini telah menentang keputusan tersebut :

Lebih separuh dari pengurusan Felda (55%) tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian ini;
Hanya 20% dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian; dan
5% dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia




Manakala berdasarkan laporan berita yang dimuatkan di Wall Street Jurnal bertajuk “Scrutiny Starts on Felda’s $3 Billion IPO” pada 14 Mei 2012 yang lalu melibatkan IPO FGVH, di mana terdapat kebimbangan telah dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kelak kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk.

Di sini kami ingin membuat tinjauan pula kepada kalangan peneroka dan juga anak-anak peneroka Felda setakat ini mengenai pemerhatian & keputusan anda dengan tindakan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Dan mengapa anda bertindak dan mengambil keputusan sebegitu rupa? Mengapa?

Bersetuju dengan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia?

  • Tidak bersetuju (72%, 701 Votes)
  • Setuju (15%, 144 Votes)
  • Tidak pasti (13%, 123 Votes










0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...