Searching...
Wednesday, 2 May 2012
23:56 0

Gambar Konsep Apple iPhone 5 LM Diperlihatkan



Setiap tahun, bagi para peminat peranti Apple, salah satu perkara yang dinantikan adalah telefon pintar daripadanya, iaitu iPhone. Untuk tahun ini, Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone 5 yang dinantikan ramai pada tahun lepas, yang mana diperkatakan akan membawakan beberapa perubahan dari segi rekabentuk peranti tersebut.



Pelbagai perkara berkaitan dengan peranti tersebut masih kekal misteri buat masa ini, seperti peranti-peranti Apple sebelum ini. Namun perkara ini tidak mengelakkan daripada beberapa gambar konsep dibawakan oleh para pereka-bentuk seluruh dunia.
Terkini, Antoine Brieux berkongsi gambar konsep beliau yang dinamakan sebagai iPhone 5 LM (Liquid Metal), yang mana melalui konsep yang diperlihatkan, yang mana kelihatan agak menarik, dengan skrin yang lebih luas dan juga butang utama maya.
Jadi, apakah komen anda mengenai gambaran konsep yang diperlihatkan ini? Adakah iPhone 5 akan jauh lebih menarik berbanding dengannya?



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...