Searching...
Monday, 14 May 2012
02:16 0

Bagaimana Mengecilkan Gambar Menggunakan Windows 7?




Ketika menggunakan Windows XP dulu, salah satu aplikasi kegemaran saya adalah Power Toys daripada pembangun Microsoft sendiri, menawarkan beberapa aplikasi tambahan kepada pengguna Windows menawarkan fungsi yang memudahkan mereka. Dan salah satunya adalah Image Resizer. Namun, ia seperti tidak begitu mesra Windows 7, dan sebagai alternatif, aplikasi seumpamanya dibangunkan CodePlex.

Melalui aplikasi dinamakan Image Resizer For Windows, yang masih lagi dalam proses pembangunan, ia akan menambah fungsi tambahan pada menu klik-kanan anda, membolehkan anda mengubah saiz sesebuah gambar sama ada mengecilkan mahupun membesarkannya dengan mudah.

Walaupun beberapa aplikasi lain menawarkan fungsi seumpamanya, namun melalui menu klik-kanan ia membolehkan anda mengubah saiz dengan serta-merta tanpa perlu melalui pelbagai langkah yang lama.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji dan menggunakan sendiri aplikasi ini dengan  memuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi CodePlex   hari ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...