Sama seperti pada versi web, aplikasi iOS Jolicloud turut sama membolehkan anda mengabungkan perkhidmatan seperti Facebook, Flickr, Twitter, dan sebagainya, serta mengakses kandungan yang dikongsikan di sana melalui peranti iOS anda.
Antaramuka yang dibawakan oleh aplikasi iOS Jolicloud juga amat ringkas dan menarik, memudahkan anda melihat kandungan mengikut kategori dan sebagainya. Walaubagaimanapun, buat masa ini, aplikasi yang disediakan masih tidak dioptimasikan untuk pengguna iPad lagi.
Jadi, bagi anda yang menggunakan iPhone mahupun iPod Touch, mungkin boleh memuat-turun Jolicloud hari ini, dan mula menguruskan dan mengakses pelbagai perkara terus melalui peranti mudah-alih anda. Aplikasi untuk Android dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment