Searching...
Sunday, 8 April 2012
02:47 0

Penentuan buat City


TAK PUAS...Mancini (kiri) tak mahu keciciran mata lagi.


LONDON: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bakal ditentukan pada aksi minggu ini.
Mengikut perkiraan, peluang City memburu gelaran pertama sejak 1968 semakin sukar apabila mereka keciciran mata dan kini lima mata di belakang pendahulu serta juara bertahan, Manchester United.

Jurang itu akan menjadi lapan mata sebelum mereka memulakan perlawanan menentang Arsenal esok sekiranya United menumpaskan QPR pada perlawanan lebih awal.
Jika United meraih tiga mata dan City pula kalah kepada Arsenal, kelab dari Eastlands itu akan ketinggalan lapan mata dengan baki enam perlawanan.

Mancini yang ditanya adakah misi mengejar kejuaraan mereka akan berakhir sekiranya senario itu berlaku berkata: “Ya jika kami kalah dan United menewaskan QPR.” City kehilangan mata apabila tumpas di Swansea dan seri dengan Stoke serta Sunderland namun pengendali dari Itali itu berkata: “Kami perlu berfikiran positif bagi mengharungi baki tujuh perlawanan.

“Saya fikir ini akan menjadi lebih sukar bagaimanapun pada pendapat saya kejuaraan ini belum berakhir.” Peminat City kerap menyuarakan kekesalan kerana senario seperti itu hanya menimpa mereka tapi tiada anggota pasukan yang membuat kenyataan kekecewaan di atas padang selain situasi yang tidak menyenangkan membabitkan Mario Balotelli.
Pemain berusia 21 tahun dari Itali itu kerap mempamerkan aksi menarik tapi turut melakukan tindakan yang menguji kesabaran Mancini.

Kelmarin, Mancini mengarahkan Balotelli supaya memperbaiki sikapnya selepas beliau mempertahankan pemain itu daripada tuduhan bergaduh dengan Yaya Toure di bilik persalinan.

Beberapa jam kemudian, Balotteli sekali lagi mencuri perhatian dengan lagak buruk di luar padang apabila terbabit dalam kemalangan kereta di Manchester. - AFP


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...