Searching...
Saturday, 28 April 2012
02:02 0

Pelayar Web Opera 12 Beta Sedia Untuk Diuji – Menyertakan Pelbagai Fungsi Baru


Selepas Mozilla melancarkan Firefox 12 pada awal minggu ini, kini Opera Software, sedang dalam persiapan untuk melancarkan pelayar web Opera 12 untuk desktop. Sebagai langkah awal, hari ini, mereka telah pun melancarkan Opera 12 Beta kepada umum, membolehkan pengguna menguji terlebih dahulu, sebelum versi stabil diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Opera 12 “Wahoo” merupakan kemaskini pelayar web untuk desktop daripada Opera, membawakan pelbagai perkara baru padanya, termasuk lebih pantas dan pintar. Ia juga membawakan beberapa sokongan tambahan, dan salah satunya adalah sokongan tema padanya. Melalui sokongan tema, kini anda boleh menjadikan pelayar web Opera menggunakan rekabentuk kegemaran anda, dan mengubahnya dengan mudah pada bila-bila masa. Pembangun juga boleh membangunkan tema mereka dengan mudah, dan berkongsi dengan pengguna lain.



Pada masa yang sama, Opera 12 Beta ini juga membawakan sokongan pemprosesan berasingan untuk plugin. Dengan sokongan baru ini, ia membolehkan anda terus melayari laman web seperti biasa, walaupun sesuatu plugin menghadapi masalah (crash).

Disamping itu, Opera Reader turut didatangkan bersama, membolehkan para pengguna membaca sesuatu laman web dengan lebih mudah seperti membaca buku, terus pada desktop.

Bersama-sama dengan ini, ia turut membawakan pelbagai perkara tambahan, termasuk sokongan 64-bit untuk pengguna Mac dan juga Windows, serta penambah-baikkan untuk sokongan HTML5, CSS3 dan juga WebGL.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera 12 Beta hari ini, dan menguji sendiri fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama pada pelayar web generasi baru daripada Opera ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...