Searching...
Sunday, 1 April 2012
21:52 0

Letupan Di Hatyai - Mangsa Korban Tunggu Pengesahan Keluarga




SEORANG rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam letupan di Hat Yai, selatan Thai, tengahari semalam.


Mangsa dikenali sebagai Low Thian Hock, 46 tahun dari Kulim, Kedah.


Manakala satu lagi mayat yang ditemui masih menunggu pengesahan ahli keluarga sama ada ia adalah seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Tan Peng Chan, dari Kuala Kedah.


Menurut Duta Malaysia Ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain, proses pengecaman mayat berkenaan akan dilakukan di Hospital Nagarind, esok. 


Kehilangan Tan, 39 tahun disedari selepas Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dimaklumkan oleh ibu bapanya.


Letupan yang menggegarkan Plaza Lee Gardens setinggi 33 tingkat turut mencederakan 27 rakyat Malaysia.


10 daripadanya dimasukkan ke hospital.


Empat lagi mangsa yang maut tidak dinyatakan kerakyatan.


Plaza Lee Gardens menempatkan hotel yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan sebuah pusat membeli belah.


Hotel itu turut dihuni pelancong Singapura.


Kementerian Luar Singapura pula mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya agar membatalkan kunjungan ke wilayah selatan Thai itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...