Teori ini disokong oleh Al-Qur’an. “Kemudian Dia (Allah) ,menyengajakan ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu kataNya kepada langit dan bumi : Datanglah kamu berdua (mengikutlah), baik dengan patuh ataupun dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami datang dengan patuh.” (Surah As-Sadjah :11) Mengikut Tafsir Al-Qur’an terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud, asalnya langit-langit ialah seperti asap atau namanya dalam ilmu sains, nebula. Ayat ini juga melukiskan kepatuhan langit dan bumi menuruti ketentuanNya terhadap mereka tanpa sebarang pertanyaan, tidak seperti manusia yang beraqal tetapi banyak bertanya itu dan ini. Letupan “Big Bang” ini menghasilkan berbilion-bilion ganda letupan atom. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini dan serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain yang tersusun dalam keseimbangan.
Edwin Hubble, seorang pakar astronomi adalah orang pertama yang membuktikan alam ini berkembang. Pada tahun 1929, pemerhatian melalui teleskop beliau mendapati bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita dalam gerakan rawak dan pada masa yang sama, bintang-bintang bergerak menjauhi antara satu sama lain. Sebuah cakerawala yang mana semua benda bergerak menjauhi antara satu sama lain seolah-olah cakerawala itu sedang bergerak secara konstan dan berkembang. Fakta ini membuktikan bahawa suatu masa dahulu, alam ini bercantum. Secara mudahnya, apa yang berlaku sekiranya sebutir bom diletupkan di pantai. Tentulah pasir-pasir ini akan berselerak merata-rata tempat.
Jika seseorang mengatakan sebuah istana pasir telah terbentuk akibat letupan itu, anda mungkin mengganggapnya gila. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa istana pasir itu terjadi dengan sendirinya, tentulah mereka juga gila. Kenyataan istana pasir terjadi dengan sendirinya lagilah tidak logic dan tidak masuk aqal berbanding ia dicipta dari keadaan tiada kepada ada. Teori Relativiti yang diciptakan oleh Albert Einstein sendiri membuktikan kebenaran saintifik yang dibawa oleh Al-Qur’an. Dalam pengiraan untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, beliau telah menemui bahwa alam semesta bukanlah static. Tetapi disebabkan penemuan masa itu mengatakan alam semesta static, beliau telah mengubah rumus itu dengan menambah satu factor iaitu pemalar kosmologi (cosmologi constant) ke dalam rumusnya agar selari dengan penemuan astronomi masa itu. Akhirnya Albert Einstein mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya.
Saintis Russia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 menemui melalui Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berkembang dan sebarang perubahan di dalamnya akan menyebabkannya mengembang atau mengendur. Friedmanlah yang membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) dalam Teori Relativiti Einstein. Hanya Allah, Maha Pencipta yang bersifat Qidam (tiada permulaan adaNya) dan makhluknya mesti ada permulaannya kerana ia diciptakan. FirmanNya: “Ia-lah (Tuhan) yang tiada bermulaan adaNya dan pula tidak berkesudahan ada-Nya, Ia-lah yang lahir wujud-Nya. Ia-lah yang tersembunyi (Zat-Nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.” ( Surah Al-Hadid: 3) Teori Big Bang ini diperkuatkan lagi kebenarannya dengan ayat Al-Qur’an yang berbunyi: "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat;47) Kalimah “ langit” yang banyak digunakan dalam banyak ayat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa atau cakerawala. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
0 comments:
Post a Comment