Hilang Mata Selepas Dikorek Teman Lelaki
Britain – “Saya tidak akan dapat melihat anak-anak saya lagi’ itu luahan seorang wanita yang kehilangan kedua belah matanya selepas dicungkil oleh teman lelakinya yang panas baran dalam serangan 12 jam yang disifatkan polis sebagai mengejutkan.
Selain hidung dan rahangnya patah, mata Tina Nash, 31 telah dicungkil keluar oleh Shane Jenkin.
Biarpun selama ini Tina sering dibelasah namun serangan pada April tahun lalu di rumahnya di Hayle, Cornwall, amat menakutkan sehingga wanita itu tidak sedarkan diri.
Tina dirawat selama sebulan di hospital namun doktor gagal menyelamatkan matanya.
Menurut Tina, selama ini dia bersabar dengan perangai lelaki berkenaan malah pernah membantu beberapa kali membebaskan Jenkin daripada penjara atas pelbagai kesalahan.
“Saya hanya boleh bermimpi dapat melihat semula ketika tidur namun apabila bangun, semuanya hilang.
“Saya seperti dikebumikan hidup hidup dan berasa diri seperti hantu. Boleh mendengar suara orang namun tidak boleh memandang biarpun anak-anak sendiri. Ia sesuatu yang sukar dan saya telah kehilangan dunia,’’ katanya.
Dalam pada itu, Jenkin, mengaku salah atas tuduhan dengan senjaga menyebabkan kecederaan parah ke atas Tina dan hukuman ke atasnya akan dijatuhkan tidak lama lagi.
Jenkin yang terkenal dengan sikap baran itu telah diharamkan daripada memasuki beberapa buah pub selepas menumbuk polis dan pemilik bar.
Malah dia dikenali di ramai kerana akan membelasah sesiapa yang membangkitkan kemarahannya dan pernah cuba mencungkil mata seorang lelaki.
Selain itu Jenkin pernah dipenjarakan selama 10 bulan kerana memukul dan memijak kepala seorang lelaki sehingga mengalami kerosakan otak selepas beberapa kali dipijak lelaki gila itu.
0 comments:
Post a Comment