Searching...
Tuesday, 1 May 2012
09:54 0

Dipenjara 20 Tahun Kerana SMS



Di Thailand anda tak boleh mengutuk keluarga diraja. Terbaru Ampon Tangnoppakul (61)dijatuhkan hukuman selama 20 tahun atas keasalahan menghantar 4 SMS yang dikatakan menghina Permaisuri Thailand. Ini bermakna hukuman 5 tahun penjara keatas setiap kesalahan.

Beliau dikatakan menghantar SMS tersebut Mei lalu. Ampon Tangnoppakul walaubagaimanapun masih mengatakan beliau tidak bersalah dan adalah mangsa fitnah orang yang menggunakan nombor yang sama. Belaiu turut mengatakan beliau tak tahu macam mana nak hantar SMS dan pihak pendakwaraya tiada bukti dialah yang menghantar SMS tersebut

Di Thailand menghina keluarga diraja dianggap kesalahan besar dan undang-undang ini sudah termaktub semenjak 1908.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...