PARA pemain Chelsea meraikan kejayaan menewaskan Benfica 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stamford Bridge awal pagi semalam.
LONDON - Chelsea menempah slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Benfica 2-1 pada aksi suku akhir kedua di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Skuad The Blues yang akan bertemu juara bertahan, Barcelona pada aksi separuh akhir, menepati ramalan selaku pasu- kan pilihan selepas menang dengan agregat 3-1.
Skuad bimbingan Roberto Di Matteo itu mencatat kemenangan 1-0 di Lisbon minggu lalu.
Dalam aksi awal pagi semalam, pemain tengah Chelsea, Frank Lampard membuka jari- ngan menerusi sepakan penalti pada minit ke-20.
Chelsea menguasai sebahagian besar permainan selepas kapten Benfica, Maxi Pereira dilayangkan kad merah pada minit ke-39.
Begitupun, jaringan Javi Garcia berjaya mengikat kedudukan sebelum Raul Meireles muncul sebagai wira skuad The Blues apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.
"Satu perlawanan yang cukup sukar dan defisit satu gol pada perlawanan suku akhir pertama ternyata memberi kelebihan kepada kami," kata Lampard yang menjaringkan gol ke-22 peribadi di pentas Eropah.
"Kami berasa lega kerana dapat mara ke separuh akhir. Mereka (Benfica) merupakan sebuah pasukan yang cukup hebat dan berhak untuk mendapat penghormatan pada perlawanan ini."
Kini, tumpuan Chelsea kembali ke arah Barcelona yang pernah menyingkirkan mereka pada aksi separuh akhir mene- rusi kemenangan kontroversi pada tahun 2009.
Chelsea perlu berwaspada terhadap ancaman skuad The Catalan dengan memperkuatkan benteng pertahanan seki- ranya berhasrat untuk mara ke pentas final di Munich.
"Kami harus menghormati Barcelona kerana mereka merupakan pasukan terbaik di dunia," ujarnya.
"Mereka tampil sebagai pasukan pilihan tetapi kami percaya dengan kebolehan kami. Kami mampu menewaskan mereka pada pusingan seterusnya." - AFP
0 comments:
Post a Comment