Argentina – Seorang ibu terkejut selepas mendapati bayi pramatangnya yang disahkan meninggal dunia, sebenarnya masih hidup walaupun selepas 12 jam diletakkan di dalam keranda di dalam bilik sejuk beku.
Ketika itu, Analia Bouter sedang menziarahi bayinya itu di bilik mayat Hospital Perrando bersama suaminya apabila mereka mendapati bayi itu masih hidup selepas pintu keranda dibuka.
“Selepas membuka keranda itu, saya dapat mendengar bayi saya mengerang sambil mengeliatkan badannya, menyebabkan saya hampir jatuh terkulai kerana terkejut.
“Manakala suami saya pula tergamam kerana selepas 12 jam dimasukkan ke dalam bilik sejuk beku, pastinya bayi saya sudah menjadi beku,’’ katanya.
Bayi perempuan itu kemudiannya terus dikejarkan ke unit rawatan dan kini masih dirawat di hospital.
Dia diberi nama Luz Milagros yang bermaksud keajaiban.
“Saya hanya ingin menemui anak keempat saya ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya, namun tidak sangka saya telah menyelamatkannya,’’ katanya.
Seminggu selepas kejadian itu, Bouhuet memaklumkan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Kesihatan Argentina, Rafael Sabatinelli mengumumkan siasatan segera di atas kejadian berkenaan.
0 comments:
Post a Comment