Searching...
Thursday, 12 April 2012
12:58 0

Barca 'tekan' Real




SANCHEZ (tiga dari kanan) menerima pujian daripada rakan-rakan selepas meledakkan dua gol untuk membantu kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Getafe awal pagi semalam.


MADRID - Barcelona terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Sepanyol, Real Madrid selepas berjaya menewaskan Getafe 4-0 awal pagi semalam.
Kemenangan itu membolehkan skuad The Catalan mengukuhkan kedudukan di tangga kedua selepas mengumpul 78 mata, satu mata di belakang Real (79 mata).
Bagaimanapun, Real berpeluang untuk melebarkan semula jurang mata itu sekiranya berjaya menewaskan Atletico Madrid pada aksi di Vicente Calderon awal pagi tadi.
Meskipun berjaya memberi tekanan kepada Real, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola enggan terlalu memikirkan mengenai peluang anak-anak buahnya bagi mempertahankan gelaran juara musim ini.
Sebaliknya, Guardiola mahu para pemain kekal fokus bagi menghadapi baki perlawanan musim ini.
"Apa yang kami (Barcelona) boleh lakukan ketika ini adalah memikirkan mengenai perlawanan yang seterusnya.
"Kami akan berdepan Levante hujung minggu ini (Ahad) dan empat hari kemudian, kami akan bertemu Chelsea pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.
"Kami perlu fokus pada perlawanan tersebut dan tidak perlu memikirkan mengenai pasukan lain," kata Guardiola.
Pada aksi menentang Getafe, dua gol Barcelona diperoleh menerusi Alexis Sanchez pada minit ke-13 dan 73 manakala masing-masing satu gol daripada Lionel Messi (44) dan Pedro (75).
Jaringan Messi itu adalah yang ke-61 peribadi musim ini.
Pada perlawanan yang turut berlangsung awal pagi semalam menyaksikan Osasuna menewaskan Espanyol 2-0 manakala Real Sociedad sekadar seri 1-1 dengan Real Betis. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...