Apple Beli Twitter?
Eric Jackson, pengasas Ironfire Capital dan baru-baru ini menulis tentang idea pembelian Twitter oleh Apple bahkan memberi sebab-sebab logik kenapa Apple perlu beli Twitter. Katanya, sebelum ini Apple belum pernah lagi membuat apa-apa pembelian besar untuk mengukuhkan syarikat itu. Tapi kenapa beliau sarankan Apple untuk beli Twitter? Alasannya mudah. Beliau merujuk kepada pembelian Instagram oleh Facebook – syarikat dengan wang yang banyak boleh membeli syarikat kecil yang mempunyai potensi untuk maju di masa depan. Bagi kami, Twitter adalah syarikat media sosial di web manakala Apple pula syarikat pencipta barangan elektronik. Kedua-duanya adalah dua entiti berlainan di dalam dua dunia berlainan walau kedua-duanya syarikat teknologi. Dari prespektif seorang peminat teknologi elektronik, pembelian Twitter oleh Apple agak kurang sesuai. Tapi andai kata Apple mahu beli Research In Motion pembuat BlackBerry sebagai contoh, itu nampak sesuai sebab kedua-duanya berkait
0 comments:
Post a Comment