Tutorial : Tonton Video HD dengan kualiti lebih cantik menggunakan Splash Pro Ex
Saya gemar menonton video HD samada anime, drama, movie, video klip di komputer dan biasanya video yang saya simpan sekurang-kurangnya dalam resolusi 720p. Splash Pro Ex adalah perisian yang membolehkan anda menonton video HD dengan kualiti yang lebih tinggi, warna yang lebih terang dan jelas jauh berbeza daripada player kegemaran ramai seperti VLC, GomPlayer dan Media Player Classic.
Keperluan untuk menggunakan Splash Player Ex :
- Processor Intel atau AMD dual core ke atas ( quad core recommended)
- Mempunyai graphic card Nvidia, ATI/AMD ataupun grafik Intel generasi baru untuk hardware acceleration
Sekiranya komputer anda tidak mencapai keperluan seperti diatas, anda hanya mampu menonton video dengan default setting (kualiti biasa).
Untuk menggunakan setting high quality, buka settings dan enable Use Hardware Acceleration dan Motion2 Ultra 1080p.
Anda juga boleh enable “Use hardware acceleration for video decoding”.
Semasa memainkan video, tekan pada playback option seperti dalam screenshot di atas.
Kemudian enable segala fungsi seperti di atas dan set kepada maximum. Demo mode membolehkan anda melihat perbezaan sebelum dan selepas menggunakan setting high quality.
Anda boleh customize brightness, contrast untuk mendapatkan setting terbaik untuk video yang anda tonton.
Menonton video klip tempatan mahupun antarabangsa juga lebih terang dan jelas.
0 comments:
Post a Comment