Searching...
Saturday, 24 March 2012
00:00 0

Revamp OS – Distro Linux Daripada Pembangun Tempatan



Dah lama saya muat turun iso Revamp 11.2 dan baru kini sempat mencuba itupun hanya install dalam VMware sahaja. Revamp OS adalah distro linux yang dibangunkan oleh penggiat komuniti Linux tempatan dan ianya boleh didapati secara percuma dari laman : RevampLinux


Sekilas pandang, Revamp OS adalah sebuah distro yang lengkap dengan aplikasi-aplikasi penting, pilihan Chromium sebagai pelayar Internet default dan juga beberapa penetapan asal yang memudahkan pengguna mengendalikan Revamp OS dengan mudah.


Anda boleh akses kepada perisian terbina dalam dengan menekan butang Start Menu dan memilih application. Beberapa perisian penting seperti Skype, Libre Office, VLC Player dan banyak lagi boleh digunakan out-of-box.

Namun saya berpendapat pembangun Revamp OS harus menggunakan tema, widget yang lebih menawan kerana bagi kebanyakan pengguna, appearance sesebuah OS memainkan peranan penting.

Walaupun digunakan pada VMware dengan settings 1 core, 512 MB ram namun Revamp Linux adalah sangat laju dan ini bermakna Revamp Linux tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk beroperasi.

Malangnya Revamp Linux OS tidak mempunyai “App Store” seperti Ubuntu Software Centre sendiri dan pengguna terpaksa menggunakan terminal untuk mendapatkan aplikasi dari internet. Kebanyakan pengguna Malaysia kerap menjadikan “terminal” dan “command” sebagai alasan kenapa mereka tidak mahu menggunakan OS berasaskan Linux.

Satu lagi, saiz ISO Revamp Linux adalah agak besar, sekitar 1.2 GB. Kalau boleh, jadikan saiz ISO sekitar 700 MB sahaja untuk dimuatkan dalam sekeping CD dan juga memudahkan pengguna memuat turun ISO tanpa menggunakan bandwidth yang besar dan masa yang lama.

Apa-apapun, syabas kepada pembangun dan penggiat komuniti Linux tempatan atas usaha anda dalam memajukan Revamp OS ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...