Searching...
Wednesday, 28 March 2012
01:25 0

Syria Terus Dibedil



DAMSYIK - Pasukan keselamatan Syria bertempur dengan kumpulan bersenjata di kawasan kejiranan golongan kelas atasan di daerah Mazzeh, barat Damsyik yang menempatkan kediaman kedutaan asing dan pegawai kanan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh.

Pusat kemudahan keselamatan di Damsyik turut menjadi sasaran baru serangan pengeboman sejak Sabtu lalu.Menurut saksi, bandar itu terus dibedil dan dihujani peluru selepas pasukan keselamatan menyerbu apartmen yang kononnya menjadi tempat persembunyian pengganas bersenjata di Mazzeh.

Kerajaan berterusan menuduh pengganas asing sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan beberapa siri pengeboman di Damsyik tetapi pihak pembangkang berkeras menyatakan ia adalah helah rejim presiden Bashar al-Assad sejak setahun lalu.

Kelmarin, tiga orang dilaporkan terkorban dan sekurang-kurangnya 25 lagi cedera dalam insiden pengeboman kereta di utara bandar Aleppo.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...